AGRIC MELAKA

Doktor Pokok

Posted On July 4, 2019 at 1:45 pm by / No Comments

Nota: Untuk bantuan teknikal, sila ke bgdesignresources.com.

Apakah Klinik Pengembangan Doktor Pokok?

Klinik Pengembangan Doktor Pokok ialah :

Satu (1) tempat di mana orang ramai boleh menyalurkan dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
Satu (1) tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
Satu (1) program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.

Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Doktor Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Doktor Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Doktor Pokok ialah :

Diagnostik Masalah Tanaman
Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik
Perundingan dan Pelaburan Pertanian
Kajian Daya Maju Projek Pertanian
Pembangunan Sumber Manusia
Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah
Remote Sensing dan Pemetaan Tanah
Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman
Teknologi Kejuruteraan Pertanian
Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman
Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani
Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman
Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman
Kawalan Import dan Eksport Pertanian
Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak
Khidmat Analisa Makmal
Pemasaran Hasil Pertanian
Maklumat Statistik Pertanian

Apakah Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan?

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :

Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Doktor Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *